Apa itu kentut vagina/faraj

Vaginal flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan sebuah keadaan dimana alat kemaluan yang sulit milik perempuan mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.


Kentut ini selalunya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj atau pun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.Kentut vagina boleh disebabkan oleh lemahnya otot-otot disekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti.
Jikalau kentut itu berbau yakni tidak berbau maka kemungkinan besar faraj tersebut sudah dijangkiti mikoorganisma yang menyebabkan penghasilan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Berbeza daripada kentut dubur, kentut vagina sepatutnya tidak berbau.

2 PUNCA KENTUT VAGINA.
  1. Udara normal yang berada pada vagina.
  2. Udara yang datang daripada usus - Ini adalah penyakit dan berlaku bila seseorang ada fistula (bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj) dan ini menyebabkan ada bau.

SENAMAN KAGEL MEMBANTU
Oleh itu, melakukan senaman kagel adalah disarankan untuk kuatkan kembali otot rahim.  
Cara senaman kagel adalah kemut otot sekeliling faraj selama 10 saat kemudian rehat 10 saat. Buat 10 kali setiap sesi. Dan lakukan 1-3 sesi setiap hari.

HUKUM KENTUT VAGINA KETIKA SOLAT.
Hukum wanita yang mengeluarkan angin/kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut:

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang bersabda: “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
(Hadis Muslim dan Bukhari)

Apa yang penting adalah senaman dan jaga pemakan kita setiap hari.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan Alfafa Complex daripada Shaklee. Sangat-sangat membantu dalam mengetatkan balik otot faraj.



Selamat mencuba. Semoga sihat sentiasa.
wassalam.
Share this article:

No comments:

Post a Comment