Tips Memilih Vitamin C Terbaik | Mukminah Darus



Kalau sebut pasal vitamin C ramai yang sedia maklum tentang fungsi utama vitamin C untuk badan kita. Dua fungsi utama yang sinonim dengan kita adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan untuk kecantikan kulit. 

Namun masih ramai yang tidak tahu vitamin C bagaimana yang terbaik untuk badan masing-masing. Terlalu banyak pilihan yang ada di farmasi yang boleh kita pilih. Daripada serendah-rendah dos sehingga yang paling tinggi dosnya.

Ramai yang beranggapan bahawa semakin tinggi dos (mg) vitamin C semakin baik untuk tubuh badan kita. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa vitamin C ini adalah vitamin yang larut air, yang mana mudah dibuang melalui sistem pembuangan urin. Alangkah rugi bila vitamin C yang diambil tidak sempat diserap di dalam badan kita sekaligus tidak memberi apa-apa faedah kepada badan kita.

Tips yang paling penting dalam pemilihan vitamin C adalah pilihlah vitamin C yang mempunyai teknologi pembebasan secara berkala (Sustained Release) yang mana vitamin C ini dikeluarkan daripada badan secara berperingkat. Oleh itu, vitamin C ini dapat berada dalam badan dan sempat diserap oleh badan yang mana fungsi dan faedah vitamin C ini diperoleh oleh badan kita.

Moga perkongsian ini memberi sedikit input kepada pengguna agar dapat memilih vitamin C yang terbaik. Moga ada kesempatan di lain hari untuk perkongsian yang lebih banyak dan baik lagi. Jika berkesempatan saya akan kongsi lagi berkenaan dengan vitamin C ini.

Terima Kasih.
Mukminah Darus
Shaklee Independent Distributor
0139749651
Share this article:

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pilih dan beli Vitamin C perlu tahu tipsnya dahulu :)

      Tq sharing.

      Done follow Min :)

      Delete