KEBAIKAN VITAMIN C | Mukminah Darus


Vitamin yang amat popular dikalangan kita adalah vitamin C. Ramai yang mengetahui tentang kebaikan dan kepentingan vitamin C untuk tubuh badan kita. Vitamin C sangat sinonim dengan kecantikan. Ramai yang ambil vitamin Cuntuk cantikkan kulit. Sebenarnya vitamin C bukan sahaj untuk cantikkan kulit. Malah banyak lagi kebaikan dan kelebihan vitamin C.

Vitamin C boleh didapati pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara buah yang tinggi dengn vitamin C adalah oren, betik, strawberi, nenas, limau gedang, kiwi dan banyak lagi. Manakala antara sayur-sayuran yang tinggi vitamin C ialah brokoli dan tomato.

Antara kebaikan vitamin C adalah:

1. Meningkatkan imunisasi badan
Vitamin C mempunyai antioksida yang tinggi yang mana mampu meningkatkan imunisasi badan kita. Apabila imunisasi kita kuat, badan dapat melawan virus dan bakteria yang mana badan kita tidak mudah terkena jangkitan. Pengambilan vitamin C juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C yang mengandungi antioksida tinggi juga mampu untuk melindungi kulit daripada terkena radikal bebas yang menyebabkan kulit kusam, jerawat, jeragat dan masalah kulit yang lain. Dengan adanya antioksida yang tinggi mampu melindungi kulit kita. Vitamin C juga dapat memudarkan parut.

3. Penghasilan kolagen
Semakin meningkat usia semakin menurun kandungan kolagen dalam badan kita. Kolagen penting untuk kulit lebih muda dan sihat. Pengambilan vitamin C mampu untuk menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan kita. Seperti yang kita tahu, kolagen mampu untuk menjadikan kita lebih awet muda. 

4. Mempercepatkan penyembuhan luka
Kebaikan yang ini ramai yang tahu. Pengambilan vitamin C dapat mempercepatkan penyembuhan luka. Yang ini kerana vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen. Jadi, ini sangat membantu dalam penyembuhan luka. Sebab itu vitamin C sangat popular untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Ramai yang makan buah oren atau ambil vitamin C melalui kapsul.

Terlalu banyak kebaikan vitamin C. Yang saya kongsikan adalah antara kebaikan yang paling utama. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Moga bertemu lagi pada pengkongsian yang akan datang.

Mukminah Darus
Shaklee Independent Distributor
0139749651

Share this article:

No comments:

Post a Comment