Penjagaan Kesihatan semasa jerebu | Mukminah Darus

Malaysia kini telah dilanda masalah jerebu. Semakin hari Indeks Kualiti Udara (IPU) dilaporkan semakin meingkat yang mana semakin tidak selamat untuk kita semua. Ada beberapa kawasan yang telah dikenalpasti sebagai  IPU yang membahayakan kesihatan. Jadi, amat penting bagi kita untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan kita dimusim jerebu kini.

Keadaan jerebu yang berterusan sangat tidak baik bagi golongan-golongan yang berisiko seperti ibu mengandung, warga emas, bayi, kanak-kanak dan pesakit jantung. Keadaan ini juga tidak elok bagi mereka yang selalu bekerja di luar kawasan pejabat atau rumah dan juga bagi mereka yang sensitif dengan dengan habuk dan asap rokok. Bagi mereka yang merokok juga disarankan untuk berehenti merokok.

Di sini ada beberapa tips penjagaan kesihatan pada musim jerebu.

1. Minum air dalan kuantiti yang banyak.

2. Pakai penutup hidung dan mulut.
Pilih penutup (mask) hidung dan mulut khas atau sesuai dengan musim jerebu. 



3. Elakkan aktiviti di luar rumah.

4. Ambil makanan tinggi nutrisi. (Makanan yang tinggi dengan vitamin C, E dan Omega-3 sangat membantu dalam meningkatkan imunisasi badan kita).

5. Basuh muka dengan kerap.

6. Dapatkan rawatan segera jika demam, batuk, asma, sakit mata atau selesema.

Moga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Mukminah Darus
Shaklee Independent Distributor
0139749651
Share this article:

No comments:

Post a Comment