VITAMIN C UNTUK KULIT CANTIK | MUKMINAH DARUS


Seperti mana yang kita tahu bahawa vitamin C sangat bagus untuk meningkatkan imunisasi badan kita dan juga untuk kesihatan menyeluruh. Sangat banyak kelebihan dan keistimewaan vitamin C untuk kita semua. Oleh kerana vitamin C tidak dapat  dihasilkan oleh badan kita, kita perlu mengambil vitamin C melalui pemakanan kita. Sama ada melalui pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C ataupun secara mudahnya dengan pengambilan supplement vitamin C. Banyak supplement vitamin C yang berada dipasaran.

Tinggi antioksida
Di sini, saya nak kongsikan kebaikan vitamin C kepada kulit kita. Semua sudah tahu bahawa vitamin C sangat bagus untuk mencantikkan kulit. Bagaimana vitamin C membantu mencantikkan kulit kita? Tahukah anda, vitamin C sangat tinggi dengan antioksidan. Antioksida tinggi boleh membantu mengekalkan kulit yang sihat dan segar. Antioksida yang tinggi juga membantu mencerahkan kulit serta mengurangkan tand-tanda penuaan. Menjadikan tona kulit sekata dan mengurangkan kedutan pada kulit.

Melindungi kulit daripada radikal bebas
Tahukah anda yang mana kulit kita akan rosak bila terdedah kepada pencemaran udara? Kulit boleh rosak apabila terdedah kepada pencemaran udara. Oleh itu, kandungan vitamin C yang tinggi dnegan antioksida dapat membantu kulit melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kita. Oleh sebab itu pengambilan vitamin C secara harian sangatlah disarankan.

Membantu penghasilan kolagen
Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Seperti yang kita tahu kolagen sangat penting untuk kulit yang cantik. Semakin meningkat umur semakin berkurang kolagen. Kulit yang terdedah juga boleh mengurangkan keserian kulit. Kolagen membantu untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. 

Jadi, pilihlah sumber vitamin C yang baik untuk badan kita. Memilig supplement atau melalui buah atau sayur semua itu adalah pilihan kita. Pilih yang terbaik. Jumpa lagi untuk perkongsian seterusnya. 

Mukminah Darus
Shaklee Independent Distributor
0139749651


Share this article:

No comments:

Post a Comment