8 CARA AMBIL VITAMIN C DENGAN BETUL UNTUK KESAN TERBAIK

Semua orang nak sihat, semua orang nak cantik. Tetapi tahukah anda vitamin apa yang boleh membantu menjaga kedua-duanya? Nak sihat dalam masa yang sama nak juga kulit yang cantik. Pengambil vitamin C setiap hari bukan sahaj dapat meningkatkan sistem imunisasi badan malah vitamin C juga penting dalam pembentukan kolagen dalam badan. Kolagen ini penting dalam mengekalkan kulit yang sihat. Untuk memastikan vitamin C yang kita ambil itu berkesan secara maksimum, beberapa cara untuk kita mengekalkan keberkesanan vitamin C.




  1. Jika vitamin C yang diambil daripada buah, penyimpanan buah sangtlah penting. Pastikan buah disimpan dengan baik. Yang penting jangan simpan buah dan sayuran terlalu lama kerana ia akan mengurangkan atau menghilangkan vitamin C di dalam buah dan sayuran tersebut.
  2. Jika memasak sayuran, pastikan tidak memasak sayuran terlalu lama. Ini kerana suhu yang tinggi boleh menghilangkat zat yang ada di dalam sayuran tersebut.
  3. Untuk lebih berkesan, ambil vitamin C dalam keadaan mentah. Elakkan daripada dimasak atau dipanaskan. Ini kerana vitamin C sangat sensitif dengan tindakbalas, suhu, udara dan air.
  4. Pastikan anda mengambil air putih secukupnya setiap hari. Sehari sekurang-kurangnya 8 gelas untuk membantu melancarkan penyerapan vitamin C dalam badan.
  5. Kurangkan minuman berkafein seperti kopi dan teh kerana kafein bersifat diuretic yang mana boleh menyebabkan kita membuang air kecil. Oleh itu, badan kita akan kekurangan air yang mana kekurangan air akan mengganggu penyerapan vitamin C dalam badan.
  6. Jika ambil vitamin C melalui supplement, pastikan vitamin itu bersifat 'Sustained Release'. Kerana teknologi sustained release ini melepaskan vitamin C secara berperingkat. Jadi vitamin C dapat diserap atau fungsi vitamin C dapat dimanfaatkan dalam badan kita.
  7. Supplement merupakan makanan tambahan, jadi untuk mendapatkan keberkesanan atau 'effect' sesuatu supplement itu mestilah diambil dalam jangka masa 3-6 bulan. Ini kerana sel-sel tubuh kita hidup dalam jangka masa 60-120 hari. Jadi untuk mendapatkan kesan yang optimum, supplement perlu di ambil sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan.
  8. Yang paling penting, jika ambil vitamin C melalui supplement, pastikan supplement tersebut mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jika sesuatu produk itu telah mendapat kelulusan KKm, maka sesuatu produk itu telah diuji daripada segi keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.
Itulah serba sedikit cara yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan kesan yang optimum daripada pengambilan vitamin C. Terlalu banyak buah dan sayuran yang mengandungi vitamin C yang boleh membantu dalam kesihatan badan dan mencantikkan kulit kita.

Anda boleh melihat pautan ini juga sebagai rujukan buah-buahan dan sayuran yang mengandungi tinggi dengan vitamin C. Dan untuk indi tentang vitamin C yang lain boleh tekan pautan ini dan juga ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua.

Mukminah Darus
Shaklee Trusted Seller
0139749651
Share this article:

No comments:

Post a Comment