Tentang Saya



Assalamualaikum.

Untuk permulaan let me introduce myself (acewahh). Sebenarnya ni blog baru, sebelum ni dah ada blog tapi tu blog zaman kanak-kanak ribena :P maka wujudlah blog ni.

Sebenarnya Min masih seorang pelajar. Sambung belajar peringkat PhD. Min tak hebat, tapi sejenis yang bercita-cita tinggi dan Alhamdulillah Allah beri jalan ni. Oh ya, Min sambung bidang Matematik Kewangan. Boleah tahan la kesusahannya tapi senyum ajoooo :)

Min anak bongsu daripada 8 beradik dan Min satu-satunya perempuan. Boleh bayang macam mana :)

Alhamdulillah bertemu jodoh pada 14 September 2016. Kahwin dengan siapa? Orang dekat je. Kawan sekolah dulu. Sekelas dengan dia daripada darjah 1 sampai darjah 6. Naik sekolah menengah pula, tingkatan 1 berjiran je kelas. Masuk tingkatan 2 sampai tingkatan 4 sekelas la pulakkkk. Hihi Tinagkatan 5 berjiran kelas balik. Duk gaduh-gaduh dalam kelas dulu, at last jadi teman hidup. Siapa sangkakan perancangan Allah yang terbaik.

Sebenarnya banyak yang Min nak kongsikan. Bukan setakat mengenai Shaklee. Nak kongsi pengalaman sebagai EPMOM. Mesti ramai yang tak tahu kan pasal EPMOM ni. Sebab Min sendiri sebelum ni tak pernah jumps perkataan tu. Selepas melahirkan Nur Indah Solehah maka bermulalah kehidupanku sebagai EPMOM. Nak tahu EPMOM apa, tunggu setiap posting okayyy.

Setia dengan Shaklee dah masuk tahun ke 4. Shaklee ni best sangat-sangat tau. Dulu muka berjerawat sekarang kulit licin. Dulu gastrik sekarang dah ok. Dulu kulit alergik selalu naik gatal-ggatal tu sekarang dah ok. Macam mana nak berpaling tadah kalau memang Shaklee yang terbaik.

No comments:

Post a Comment